Artis

Rossa Tidak Mahu Terburu Buru Buat Keputusan Kahwin


Sudah pun berpisah dengan bekas suaminya pada tahun 2009, sehingga kini Datuk Rossa masih belum dilihat berjumpa pengganti malah dalam masa yang sama mengakui tidak tahu bilakah dirinya mahu berkahwin lagi.

Biarpun banyak gosip timbul dengan beberapa lelaki namun belum ada pengesahan bilakah mahu bergelar isteri semula.
“Saya sendiri ngak tahu bilakah mahu berkahwin lagi. Sebenarnya, lebih mudah membuat persembahan konsert berbanding memilih calon sesuai untuk berkahwin. Dalam hal ini, saya tidak mahu terburu-buru buat keputusan. Urusan jodoh saya serah pada takdir menentukannya”
“Saya harap, jodoh itu hadir pada waktu yang tepat dengan calon yang juga tepat,” kata Rossa menjelaskan situasinya ketika ini. Baguslah, tidak payah pening-pening fikir, sampai waktu, akan bertemu juga.
Sumber: rotikaya

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close