Pelacur Bebas Memancing Pelanggan Di Petaling Street, Mana Pergi Polis?
SEKILAS PANDANG: Pelacur-pelacur bebas dari China menjalankan kegiatan menarik pelanggan di Petaling Street yang menjadi tumpuan pelancong, menurut tabloid berbahasa Melayu Harian Metro, pada hari Selasa.
Menurut laporan itu, wanita-wanita ini sering dilihat berada di kedai-kedai tekstil di jalan itu, memancing pelanggan.
Menurut laporan itu, apabila pelacur-pelacur tadi melihat pelanggan berpotensi masuk, mereka akan cuba untuk mendekatkan diri dan memberikan tawaran seksual.
Harian itu berbicara dengan seorang pemilik kedai yang menyatakan bahawa wanita-wanita ini kebiasaannya keluar beroperasi dari jam 11 pagi – 5 petang setiap hari.
“Wanita-wanita ini tidak bekerja dengan mana-mana sindiket. Mereka beroperasi secara sendirian.
“Mereka lebih suka untuk beroperasi di sini kerana tempat ini sentiasa dipenuhi pelancong,” kata lelaki itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 48 tahun.
Menurut beliau, wanita itu sering dilihat mengganggu pelancong kulit putih dan Timur Tengah.
Tambahnya, berdasarkan perbualan dengan wanita-wanita ini, mereka berada di negara ini secara sah, tetapi sebagai pelancong.
Jika tawaran itu dipersetujui oleh pembeli dan penjual, kegiatan itu akan dilakukan di mana-mana hotel murah di kawasan itu, kata laporan itu.
Bayaran yang diminta? Hanyalah RM80 untuk satu sesi, dan tambahan RM50 atau lebih untuk sewa hotel bagi setiap jam.
Apabila wartawan mendekati salah seorang wanita ini dengan alasan mahu mendapatkan perkhidmatannya dan kemudian menarik diri dan berkata yang dia tidak mempunyai wang yang cukup, wanita itu terus menawarkan diskaun sebanyak RM30.
Perlu diketahui bahawa lokasi ini adalah berdekatan dengan sekurang-kurangnya empat pondok polis, dan hanya satu kilometer jauhnya dari ibu pejabat polis Kuala Lumpur.
Di manakah pihak polis? Bagaimana dengan Jabatan Imigresen?
Bagaimanakah kegiatan maksiat yang beroperasi di siang hari mampu membantu meningkatkan reputasi negara?
Adakah kita mahu pelancong-pelancong yang datang ke sini untuk bercuti, menyamakan Malaysia dengan negara-negara seperti Thailand dan Filipina, yang terkenal bagi pelancongan seks?
Adakah polis sedar bahawa aktiviti tersebut berlaku di halaman mereka sendiri, atau adakah mereka lebih suka tutup sebelah mata?
Cukuplah. Reputasi negara akhir-akhir ini telah telah pun dicemar banyak perkara – maksiat, rasuah dan paranoia agama.
Sudah cukup sukar untuk dapat membaca laporan positif mengenai Malaysia di media asing.
Jika pihak polis boleh memantau Twitter dan media sosial, jadi mereka sepatutnya boleh turun ke jalanan dan mengetatkan kawalan ke atas warga-warga asing ini, yang menjatuhkan imej kita.
Tindakan menangkap orang-orang ini dan menghantar mereka pulang sahaja tidak mencukupi – mereka akan ke mari semula beberapa bulan selepas itu.
Jabatan Imigresen perlu memastikan bahawa pesalahnya disenarai hitam dan tidak dibenarkan lagi masuk ke negara ini.
Susah sangatkah?
0 comments:
Post a Comment