Nadia af6 jalani pembedahan buang ketumbuhan di mata
Menerusi Instagram penyanyi dan penyampai radio Era, Nadia Haswani, dia baru sahaja menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di matanya.
Beberapa gambar yang dimuatnaik Nadia menunjukan bahagian kelopak matanya yang membengkak.
Menurut bekas finalis Akademi Fantasia 6 itu, sebenarnya dia sudah tiga kali melakukan pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada kelopak mata.
“Asalnya ia macam ketumbit kecil tetapi lama-lama ia membesar jadi macam lebihan daging dan doktor nasihatkan agar melakukan pembedahan.
“Ini sudah kali ketiga melakukan pembedahan sama bagi membuang ketumbuhan tersebut. Bahagian sebelah mata kiri lebih teruk membengkak berbanding sebelah kanan.
“Doktor beritahu andai berulang lagi, jangan tunggu lama-lama perlu cepat bedah,” ujar Nadia dipetik sebagai berkata.
Kata Nadia, pembedahan kecil itu hanya mengambil masa 15 minit dilakukan di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain, selain banyak mememuhi undangan menyanyi, Nadia masih meneruskan tugas sebagai penyampai radio EraFM untuk segmen hujung minggu.
Beliau juga bakal berada lebih sebulan di luar ibu kota bagi mengendalikan program berbentuk pelancongan untuk siaran RTM.
Nadia juga memaklumkan sudah menyelesaikan penggambaran klip video single terbaru berjudul ‘Kamu Aku Satu’.
Mengenai perkahwinan pula Nadia berkata, dia dan tunang sudah membeli rumah di kawasan Gombak dan majlis perkahwinan yang asalnya dirancang pada April ditunda pada Julai memandangkan mereka masih banyak urusan kerja.
Untuk makluman, Nadia mengikat tali pertunangan dengan pengurus pusat gimnasium popular pada 18 April lalu.
Sumber: myartis
0 comments:
Post a Comment