Zila Bakarin ingin 'baiki' dagu ke bentuk asal
IMEJ seksi tidak pernah lekang dikaitkan dengan diri pelakon ini. Malah, sejak awal pembabitan Zila Bakarin di dalam bidang seni lagi, sukar untuk dia menangkis label 'daring' tersebut kerana sering tampil dengan gaya seperti itu.
Namun, berilah apa saja gelaran kepada pelakon ini kerana bagi tuan empunya diri, dia tidak pernah ambil pusing dengan semua itu. Bagi wanita berusia 34 tahun ini, selama ini dia hanya menjadi dirinya sendiri dan tidak pernah hipokrit.
Malah, status sebagai isteri dan ibu juga tidak pernah dianggap sebagai 'penghalang' untuk dirinya terus tampil dengan imej sedemikian asalkan dia sendiri selesa.
"Dari dulu sampai sekarang, cara pemakaian saya tetap sama. Orang nak cakap seksi atau tidak, terpulanglah. Saya tidak pernah hairan apa yang orang nak cakap.
"Bagi saya, kalau asyik mendengar cakap orang, saya boleh jadi gila. Selama ini pun sudah terlalu banyak orang bercakap tentang saya. Saya redha saja dengan semua ini. Apa yang penting, saya tidak pernah hipokrit," ujar ibu kepada seorang cahaya mata, Kaseh, yang baru berusia tujuh bulan.
Kata isteri kepada Azri Izhar ini, selama ini, suaminya tidak pernah memaksa dirinya 'berubah' dan sentiasa menerima seadanya. Akui Zila, 'kesedaran' selalunya timbul daripadanya sendiri.
"Sebelum ini pun, saya secara terang-terangan mengaku pernah 'buat' dagu. Orang mengecam saya macam-macam ketika itu, tetapi saya anggap itu adalah kesilapan saya sendiri dan tidak perlulah orang persoalkan.
"Tetapi saya akui, kini saya tidak terlalu mengejar ke arah kecantikan. Adakalanya bila saya lihat wajah saya semula, saya terasa ingin 'baiki' semula dagu saya kerana rasanya, muka saya yang dulu lebih baik berbanding sekarang.
"Tapi kos untuk mengubahnya memang tinggi. Insya-allah, jika ada rezeki lebih, saya akan lakukannya," kata Zila.
pic lama dia
Bahagia bergelar ibu
Dalam nada ceria, Zila turut menceritakan tentang kehidupannya setelah bergelar seorang ibu kini. Tutur pelakon ini, Kaseh banyak mengajarnya erti kematangan dalam mengharungi kehidupan harian.
"Ini adalah satu pembaharuan dalam diri saya. Memang tersangat rugi buat pasangan suami isteri yang menangguhkan hasrat mereka untuk menimang cahaya mata kerana bagi saya sendiri, hubungan suami dan isteri sebenarnya akan menjadi lebih rapat setelah mempunyai anak.
"Saya sendiri menjadi lebih matang dan tidak terlalu memikirkan diri sendiri saja. Kalau saya tahu indahnya hidup menjadi ibu, pasti saya akan berkahwin cepat.
"Sekarang ini pun, kalau pergi ke mana-mana termasuklah 'shooting', pasti tak sabar nak cepat-cepat balik," kata Zila yang menambah, buat masa ini Kaseh akan dijaga oleh adiknya apabila dia perlu ke lokasi penggambaran.
Dalam pada itu, pelakon ini juga berkata, dia sedang di dalam proses untuk menguruskan badan setelah selamat melahirkan Kaseh pada 17 Mac lepas.
Akui Zila, dia agak tertekan memikirkan kenaikan berat badannya selepas itu dan kini sedang hebat mengamalkan diet.
"Saya tidak kisah sangat orang kata saya sudah gemuk, tetapi apa yang merunsingkan saya ialah bila baju dan seluar sudah tidak muat untuk saya pakai. Saya akan jadi 'moody' waktu itu.
"Sekarang ini, memang matlamat saya adalah untuk kuruskan badan. Saya tidak menjamah nasi dan hanya makan sup saja jika lapar di waktu malam.
"Sekarang, saya lihat sudah ada penurunan daripada 63kg kepada 58 kg. Saya sasarkan lagi 5kg untuk turun.
"Lagipun, saya bukannya nak nampak kurus sangat. Dapat kembali seperti bentuk badan sebelum mengandung sudah cukup baik," kata Zila yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Kelab Jeng Jeng.
HA KAN SY dah cakap tadi. Amacam sakit x jantung tu
0 comments:
Post a Comment