Artis

MARUAH SITI NORDIANA 'DICEROBOH' DALAM INSTAGRAM




Sejak-sejak menjuarai Gegar Vaganza musim ke-2, nama penyanyi Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana tak henti-henti menjadi sebutan orang ramai.. Terkini, banyak pihak mula mewujudkan akaun Instagram palsu serta laman sosial lain menggunakan namanya..

Selalunya perkara itu dibuat sebab nak mengambil kesempatan terhadap peminat-peminat penyanyi itu.. Tak mahu peminatnya terus ditipu dengan akaun palsu yang bukan miliknya.. Nana telah memberi amaran keras kepada individu yang tidak betanggungjawab mewujudkan akaun palsu itu..

Nana sendiri akui terkejut bila dapat tahu terdapat sebanyak 14 akaun Instagram palsu yang telah menggunakan namanya sehingga mengundang kekeliruan peminatnya..

“Apabila saya search nama sendiri di Instagram, banyak akaun palsu pula. Sehinggakan individu yang tidak bertanggungjawab ini bersungguh-sungguh mahu mengesahkan kepada peminat-peminat saya bahawa dia adalah Siti Nordiana.

“Mungkin benda ini dilihat remeh, tetapi ia buatkan saya risau kerana peminat boleh tertipu. Andai kata individu tersebut cuba mengambil kesempatan terhadap peminat-peminat, ia akan memburukkan nama saya,” katanya..

Miss A harap peminat-peminat Nana tidak akan tertipu dengan akaun palsu yang menggunakan nama Nana.. Setakat ini akaun original milik Nana sudah mempunyai kira-kira 380 ribu pengikut..

Kalau nak follow tu, lebih baik follow Ig yang sudah ada ribuan pengikut.. Selalu yang ramai pengikut tu adalah akaun sebenar artis..

Sumber: babab.net

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close