SEBUAH perkongsian di Facebook mendapat perhatian ramai apabila mendakwa, keluarga adik lelakinya nyaris putih mata kehilangan bayi mereka akibat diculik.
Carmieylla Zulkifli mendedahkan, suspek dalam sebuah kereta Estima bewarna hitam cuba menculik anak buahnya itu namun gagal disebabkan stroller yang diambil mereka tidak mempunyai ‘isi’.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat beli belah terkenal di mana tiada siapa dapat sangka, tempat yang mempunyai ribuan pengunjung itu sebenarnya tidak selamat.
Dia turut mengingatkan orang ramai agar lebih hati-hati dan tidak salah untuk jadi ‘paranoid’ sebagai langkah berjaga-jaga buat masa ini.
Pos tersebut kini telah mendapat lebih 8,000 perkongsian di laman Facebook.
Sila baca, sila kongsi.
Aku share cerita ni, bukan niat nak salahkn or memalukan sape2. Tapi untuk kita sama2 (terutamanya parents), utk lebih berhati2 bila bawa anak2/ budak2 keluar zaman skrg.
Incident ni baru je jadi dlm 1 minggu lepas, kat shopping mall Klang. Adik aku, bini dia & anak dia umur 8 bulan keluar cam biasa, spending weekend together. As usual, shopping mall tu mmg sentiasa ramai org pun.
So time nak cari parking, mmg la maha seksa kan. Round punya round, dapat la parking. Which mmg betul2 depan pintu masuk. Take note: Mmg ramai org dok lalu lalang situ ye! (Org bleh nmpk kita, kita pun bleh nampak org).
Dah parking tu, adik aku ni turun kreta bukak bonet blkg nak keluar kan stroller baby dia tu. Dah setup stroller tu, die letak tepi kreta dia tapi belah dpn. Pastu gi blk kt kreta & siap sedia nak angkat anak dia masuk dlm stroller. (Bini nya tgh buatkan susu anak time ni).
Baru beberapa langkah adik aku jln menuju kt kreta, dgn tiba2 & sepantas kilat ada 1 kreta estima black stop & blok dpn kreta dia. Sorang laki turun, and terus tarik & angkut stroller adik aku msk estima tu.
Pastu blah dgn speed laju bak cheetah! And ofcos kita sedia tau…dorang bukan la niat nk curi stroller kot!! Allahuakhbar!!
So parents out there, zaman skrg mmg lg bgs jadi telebih paranoid even xde apa2! Being paranoid can be one of the safety measures to prevent this life-threatening incident from happening!
Adik aku almost hilang anak dia. The ony son! I almost lost my nephew & mak aku smp ke hari ni still x boleh sebut & cakap psl hal ni kat umah. In fact, kat umah nobody talked about it back home. We just did what we had to; leave it to the police.
Alhamdulillah, we can never thank you & sujud syukur kehadap Illahi for this protection. Frightening episode cmni bleh jadi dlm sekelip mata di tmpt yg open & x penah kita sangka! And yes, it also happened di siang hari! May Allah keep our children safe. Ameen. Kita sama2 doa, insyaAllah.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment