Kejadian ini berlaku di KLCC hujung minggu yang lalu. Saya dan suami membuat keputusan untuk menggunakan stroller untuk Sofea yang mengantuk dan mahu tidur pada masa itu.
Ternyata amat mengecewakan bilamana menggunakan stroller di sini kerana kami hanya boleh menggunakan lif untuk pergi tingkat yang lain-lain.
Inilah yang berlaku.
Kami menunggu lif hampir 30 minit untuk pergi ke tingkat yang lain. Lif yang berhenti di tingkat kami, dipenuhi orang ramai. Kami pada masa itu sudah mula kecewa, bukan kerana perkhidmatan lif tetapi sikap rakyat Malaysia yang tidak prihatin.
Kebanyakkan mereka kelihatan sihat dan mampu menggunakan eskalator. Namun begitu, mereka tidak menunjukkan sebarang simpati terhadap warga tua dan ibu bapa yang menggunakan stroller membawa anak-anak mereka.
Ini bukan kali pertama kami menghadapi masalah ini, hampir setiap kali bila berkunjung ke KLCC perkara ini berlaku dan menyebabkan saya menjadi menyampah.
Pihak KLCC menempatkan Pengawal Keselamatan di lif bagi mengawal penggunaan lif untuk mereka yang lebih memerlukan. Namun, mereka tidak menjalankan tugas yang diberikan dan membiarkan saja pengunjung pelbagai usia bersesak di dalamnya. Mereka tak rasa bersalah ke dengan sikap kerja sambil lewa mereka? Ternyata minda orang kita sudah tidak betul.
Setelah menunggu untuk sekian lamanya, suami saya sudah hilang sabar. Dia halang pintu lif dari tertutup dan memberikan ceramah kepada orang di dalam lif tersebut dan meminta mana-mana individu yang boleh berjalan menggunakan eskalator keluar serta merta dan memberi ruang untuk kami yang membawa stroller serta dua lagi wanita warga emas menggunakan lif tersebut.
Selepas diberikan ceramah pendek oleh suami, kebanyakan mereka keluar dan hanya sebuah keluarga dengan dua orang anak mereka kekal di dalam lif. Ada sebuah keluarga India memohon maaf kepada kami. Itu satu permulaan yang baik. Alhamdulillah, akhirnya kami dapat menggunakan lif tersebut untuk pergi ke tingkat yang ingin dituju.
Jadi, tolonglah bertimbang rasa dan gunakan lif dengan bijak serta selalu mengutamakan warga emas atau siapa-siapa yang lebih memerlukan menggunakan khidmat lif ini. Saya percaya, rakyat Malaysia boleh berubah. Pihak Pengurusan KLCC, sila ambil maklum. - Shakina Hussin
Sumber: www.himpunanceritalawak.com
Sumber: www.himpunanceritalawak.com
0 comments:
Post a Comment