Hiburan

Keith Foo Akui Teruja Dan Tidak Sabar Timang Cahaya Mata




Pelakon kacak Keith Foo menjelaskan perkahwinannya bersama isteri tercinta Kim Raymond, tidak sesekali menggugat populariti serta kerjaya lakonannya. Tegasnya, populariti bergantung pada disiplin dan hasil karya seseorang pelakon itu sendiri.


“Tidak mengganggu populariti, kerana peminat-peminat masih menyokong kerjaya seni saya dan setiap orang akan berkahwin juga suatu hari nanti. Populariti tergantung pada disiplin dan hasil karya, kalau kita beri yang terbaik mereka akan tetap sokong kita,” katanya yang ditemui di Majlis Tayangan Perdana Filem ‘Langit Cinta’ malam kelmarin.

Tambahnya lagi, kerjayanya kini lebih mudah dan teratur apabila diuruskan oleh isterinya sendiri.


“Sangat senang kita banyak berbincang dan memberikan pandangan secara profesional,” katanya.

Keith Foo juga memberitahu tidak sabar untuk dikurniakan seorang cahaya mata kerana dia memang sukakan kanak-kanak. Bagaimanapun, dia tidak merancang dan sekiranya dikurniakan seorang bayi dalam masa yang terdekat, dia dan isteri sungguh terharu dan bersyukur.

“Cahaya mata, kalau terjadi saya sangat bersyukur kerana sememangnya saya sukakan kanak-kanak. Tak kisah dapat anak lelaki atau perempuan Itu ialah Anugerah Tuhan,” katanya yang kelihatan begitu teruja sekali.

Keith Foo turut memberitahu bakal mengadakan majlis resepsi pada bulan Februari atau Mac 2016, untuk meraikan rakan media serta peminat-peminatnya.

Sumber: rotikaya

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close