Hanez Suraya, Romie Selamat Timang Cahaya Mata
Tahniah kepada pelakon Hanez Suraya kerana telah selamat melahirkan bayi perempuan secara normal seberat 3.5 kilogram, jam 9.48 malam tadi di hospital di sini. Perkhabaran tersebut mendapat ucapan tahniah dan juga diiringi doa daripada peminatnya di Instagram.
“Alhamdulillah, saya bersyukur proses bersalin dipermudahkan. Saya selamat bersalin secara normal. Terima kasih kepada suami yang sentiasa berada di sisi sepanjang saya dalam bilik bersalin”
“Saya tak tahu lagi berapa lama akan berada hospital. Apabila keluar hospital, saya akan berpantang di rumah kami di Shah Alam, ” jelas Hanez kepada Harian Metro.
Menurut Hanez, dia menangis sejurus melihat cahaya mata pertamanya itu dan sangat bersyukur di atas sokongan yang telah dilaluinnya selama ini. Selain itu, nama anak sulungnya itu akan diberikan selepas tujuh hari kelahiran.
Sumber: harian metro
0 comments:
Post a Comment