Balik saja dari kerja anak-anak mesti nak main telefon. Kadang-kadang sampai tengah malam.
Korang pernah kena macam ni? Suka atau tidak, kita kena kawal sebab ada beberapa kesan buruk
terhadap anak-anak kecil akibat terdedah kepada skrin interaktif pada gajet terlalu lama.



1. Gangguan Tidur & Penyelarasan Tubuh
Ibu-bapa sudah bersiap untuk tidur dan lampu ditutup, anak-anak masih bermain telefon dalam
gelap. Disebabkan asyik melihat skrin gajet yang terang dalam suasana gelap, ia menyebabkan tubuh
manusia gagal mengeluarkan isyarat yang dipanggil Melatonin, sejenis isyarat tidur disebabkan
suasana gelap.

Hanya beberapa minit anak kita asyik menatap skrin dalam gelap, hasilnya
menyebabkan penghasilan melatonin disekat selama beberapa jam hingga menyebabkan kiraan jam tubuh badan mereka terganggu. Bila ini berlaku, akan timbul bermacam reaksi tubuh yang tidak sihat
seperti ketidakseimbangan hormon dan radang otak. Kesimpulannya, lepas padam lampu, semua mesti tidur! Lagipun, terbukti bahawa tidur yang nyenyak membolehkan tubuh kita pulih dan sihat untuk meneruskan kehidupan seharian.


Teruskan Selongkar...