Kongsi

Kisah Lelaki ‘Curang’ Yang Bakal Membuatkan Anda Lebih Menghargai Para Isteri

Sebuah kisah yang dikarang oleh saudara Raja Shamri yang dipetik dari Facebook beliau ini menceritakan kisah seorang lelaki yang telah bergelar suami. Tetapi secara tiba-tiba dia telah digoda oleh seorang perempuan muda hanya kerana dia berstatus ahli perniagaan berjaya dan memiliki wajah yang kacak dan berpenampilan menarik.



Kisah di bawah ini bakal membuatkan anda lebih faham dan menghargai pasangan anda yakni isteri anda, hargailah pengorbanan mereka. Sesungguhnya kasih sayang isteri yang terzahir terhadap anda sebagai seorang suami tidak pernah luntur walaupun sedikit dari seorang isteri yang setia hingga ke akhir hayat mereka..

Moga perkongsian yang ditulis oleh Saudara Raja Shamri ini menjadi pedoman buat kita bersama..

Gambar Hiasan

Seorang lelaki beristeri tanpa sengaja berkenalan dengan seorang gadis di di sebuah kantin kompleks, kerana ada urusan pekerjaan merekapun bertukar BB PIN.

Malam harinya si gadis mulai BBM si lelaki :


Gadis : Awak hebat ya. Punya syarikat sendiri, berjaya pulak
Lelaki : Terima kasih

Esoknya si gadis call sekadar say hello

Gadis : Bila lagi kita boleh makan bersama lagi ?
Lelaki : Bila-bila je boleh

Setelah itu mereka masih sering berhubungan melalui BBM dan telefon, sesekali juga temujanji ingin makan bersama..

Hari-hari berlalu, tiada hari tanpa contact antara mereka. Sampai suatu hari, si gadis BBM :


“Sebenarnya aku mencintaimu , aku tau kamu sudah berkeluarga, tapi aku terima untuk jadi isteri ke-2, dan maaf aku mengganggu perasaanmu.

Dengan berat hati lelaki itu berkata beluau menjawab :


“Dik, aku mengerti dan paham maksudmu… tapi dengan berat hati aku harus jawab TIDAK! Aku tau kamu memang cantik, dan aku yakin semua lelaki pasti mengatakan tubuh dan parasmu elok dan cantik.

Tapi, tahukah kamu kenapa aku nampak segak,bergaya dan berjaya? Itu semua kerana dorongan dan semangat isteriku.

Sungguh sangat berdosa kalau aku harus curang dengan seseorang yang hanya mengagumiku, kerana keadaan aku yang sekarang yang sudah berjaya.

Kamu menyukai aku tidak ikhlas, kamu hanya melihat penampilanku semata. Padahal ada seseorang yang tersayang di rumah yang telah bersusah payah mendorong aku agar selalu tampil sebaik mungkin, dia adalah isteriku tercinta.

Kalau kamu menyukai aku, ertinya kamu tinggal memetik hasilnya, dan cara ini tidak pernah abadi.

Taukah kamu bahwa aku memulai ini dari tiada apa-apa dan isteriku yang selalu mendampingiku di kala susah, gelisah dan berjaya seperti ini.

Taukah kamu bahawa isteriku yang selalu mendoakan kejayaanku hingga aku mampu menjadi seperti ini. Kamu memang cantik, tapi hati isteriku lebih cantik.

Terima kasih atas cinta itu, maaf aku tidak boleh membalas seperti kehendakmu…

Sumber: www.himpunanceritalawak.com

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close